NEGERI SEMBILAN
NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan (Jawi: نڬري سمبيلن) juga dikenali sebagai Negeri Sembilan Darul Khusus ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di sebelah utara, Pahang di sebelah timur, Johor di sebelah tenggara dan Melaka di sebelah selatan.Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri beriklim khatulistiwa. Tanah-tanah tingginya merupakan sebahagian daripada sistem pergunungan Banjaran Titiwangsa, dengan Gunung Besar Hantu sebagai titik tertinggi. Jajaran utama banjaran ini juga berakhir di sini, lebih tepatnya di Tampin di bahagian selatan negeri tersebut.
Ibu negerinya Seremban. Bandar dirajanya ialah Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Port Dickson, Kuala Pilah, Nilai, dan Bahau.
Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim pada sembilan luak seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungei Ujong, Naning, Rembau, Jelai, Segamat dan Pasir Besar membentuk sebuah konfederasi yang memberi nama kepada negeri tersebut. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagarruyung
Nama Negeri Sembilan dipercayai diperoleh daripada sembilan kawasan petempatan atau "nagari" yang didiami oleh perantau Minangkabau (kini dikenali sebagai luak). Sembilan luak tersebut ialah Segamat (sebahagian kawasan kini di daerah-daerah Tampin dan Jempol, Negeri Sembilan dan daerah-daerah Segamat dan Tangkak di Johor), Naning (kini menjadi sebahagian dari daerah-daerah Alor Gajah dan Jasin, Melaka), Rembau, Sungai Ujong (kini merangkumi daerah-daerah Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan; sebahagian kecil kini merangkumi Hulu Langat, Selangor), Johol (terdiri daripada daerah-daerah Tampin, Kuala Pilah dan Jempol, Negeri Sembilan), Jelebu, Ulu Pahang (sebahagian kawasan daerah-daerah Jelebu dan Jempol, Negeri Sembilan dan daerah Bera, Pahang), Jelai (kini merangkumi hampir keseluruhan daerah Kuala Pilah dan daerah Jempol, Negeri Sembilan) dan Kelang (kini merangkumi daerah Port Dickson, Negeri Sembilan dan daerah-daerah Sepang dan Kuala Langat, Selangor). Saiz Negeri Sembilan kini lebih kecil berbanding saiz asal Negeri Sembilan.

SEJARAH

https://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan
Daerah Port Dickson merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan, Malaysia. Daerah ini terletak di barat daya Negeri Sembilan bersempadan dengan daerah Seremban di utara, Rembau di timur, negeri Selangor di barat laut, negeri Melaka di tenggara dan Selat Melaka barat dan selatan. Daerah ini satu-satunya daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai persisiran pantai. Daerah ini juga merupakan satu-satunya daerah di dalam Negeri Sembilan yang penduduknya tidak mengamalkan adat perpatih.
Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.
TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILAN

Antara aktiviti yang sesuai dilakukan di PD adalah aktiviti pantai dan sukan yang sesuai dilakukan di kawasan pantai.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Port_Dickson
Masjid Sri Sendayan merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Masjid ini merupakan salah sebuah masjid tercantik di Malaysia dan selalu menerima lawatan pengunjung luar serta pelancong. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada 20 September 2019, masjid ini mampu menampung sehingga 5000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini telah diwakafkan oleh tokoh perbankan, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain dan telah menelan belanja kira-kira RM100 juta.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sri_Sendayan
Satu lagi keistimewaan Negeri Sembilan ialah "Lemang", pulut dimasak dengan santan dalam batang buluh di atas api terbuka. Ia dihidangkan dengan Rendang, kari daging yang lazat serta tebal dan kering
MAKANAN
MASAK LEMAK CILI API
Makanan tradisi Negeri Sembilan adalah panas dan pedas sebagai salah satu daripada bahan-bahan yang digunakan ialah cili padi, iaitu cili yang paling pedas. Hidangan yang terkenal termasuklah rendang, (kepingan daging lembu dimasak dengan santan dan cili). Jika seseorang merasai gaya Minangkabau yang agak unik dalam memasak, dengan menyaksikan mereka sering menggunakan 'cili padi' (cili kecil dan sangat panas) dalam setiap masakannya. Dengan memasak "Masak Lemak Cili Padi - ikan, daging, atau sayur masak dalam santan dicampur dengan kunyit dan cili padi tanah
https://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilan#Makanan
Comments
Post a Comment